Selasa, 28 Mei 2013

Mengapa D.U.I.T Penting ?


Assalamualaikum 


hye .. study week dah kian hampir bersama-sama tarikh final exam yang amat scary ... sebab ni la masanya kita nak praktikkan apa yang kita belajar sepanjang sem ni... tu yag takut tu, walaupun subjeknya tak sebanyak macam  kat sekolah dulu tapi agak heavy jugak la kan... korang yang student ni pun mesti tau jugak kan macam mana gilanya student bila tibanya study week.

sebelum final exam mesti la test yang belambak-lambak betul tak ??? so masa tu pun dah dapat rasa tekanan kepala otak ni hah... rasa nak pecah kan3... dan selalunya A student ni gigih sikit daripada yang lain tapi sape yang tak nak jadi A student kan... so that's way kena study smart okey ...  



antara ciri-ciri orang berjaya ... hehe :'D
agak-agak kena tak dengan korang???





dan ini la yang sedang terjadi kepada student-student yang nak ambek final exam sekarang ni... dok berperang dengan FB masing-masing ... kalau tak bukak nanti ade pulak input-input yang penting yang selalunya disampaikan melalui FB, kalau bukak pulak dah kelebek benda-benda yang lagha pulak ... isshhh , so kita kena la kuat sikit untuk perangi FB .... kalau nak bukak pun mybe dalam 10 minit jer ... tu pun just guna nset korang jer ... sebab? kalu korang buka guna lappy dah sah-sah la korang akan melalut tengok benda lain and waste time ... yang mana masa tu korang boleh guna untuk do some rivision ... 



DUIT ??? jangan asyik ingat pasal $$$$ jer ... DUIT ni jugak boleh memberi kejayaan kepada kita iaitu dengan  DOA USAHA IKHTIAR TAWAKAL ... dalam setiap usaha yang kita lakukan perlulah diiringi dengan doa serta ikhtihar seterusnya pada hari exam muncul kita tawakal kepada ALLAH swt supaya apa yang kita dah belajar, faham dan hafal tu dapat kita gunakan dalam menjawab soalan yang diberikan ... 
in-shaa ALLAH , AMIN  - ___ -


setelah kejayaan dapat dicapai, kita hendaklah bersyukur dengan usaha serta pertolongan daripada ALLAH ... jangan pulak bila dah berjaya nanti kita lupa pada-NYA ... okey 



P/S : moh ler kite study weiii ... test dengan final exam nak mai dah niiii ... 



bubui



thanks for reading



sarangae(LOVE)



Sabtu, 25 Mei 2013

Biru SOKMO !!!

Assalamualaikum

hye, semalam (JUMAAT) pagi yumi pegi PC FAIR kat MID VALLEY , perghhh sesak wei ... bau badan jangan dok cakap la bercampur habis... puuiii (jangan dikenang ler uwekz) tapi yumi gagahkan jugak kaki ni semata-mata nak rebut peluang memborong barang-barang murah kat situ ... boleh tahan la jugak murahnya daripada harga asal ... dah la keluar dari pagi walaupun tak berapa nak pagi sangat sebab nak kejar masa, yumi nak kena balik ipoh pulak lepas tu ... lelah jugak dibuatnya terkejar sana terkejar sini ... tapi tak pe sebab yumi yang pilih jalan tu ... huhu (sindiri tanggung)

tujuan utama g PC FAIR tu sebab nak beli HARD DISK nak simpan drama korea dalam tu .. haha .. niat nak beli dah lama tapi asyik tertangguh jer so inilah masa yang sesuai untuk beli HD tu... and finally, I got it ... hasrat yumi tercapai jugak akhirnya ... alhamdulillah ... walaupun benda ni orang dah guna lama tapi yumi baru nak guna sekarang, so what ???  :'D yang paling penting warnanya BIRU ...

ntah apa yang dok merasuk fikiran ni, bila nampak jer warna biru terus tak fikir benda lain lagi dah ... terus cakap kat amoi tu nak warna biru ...
dah bayar ... jalan, jalan dan jalan lagi sambil menggalas bag pack yang sangat berat tu (sakit belakang) pastu, jumpa pulak POWER BANK ... murah la pulak .. aduyai .. apa lagi beli la tapi ikut bajet jugak la ... so beli yang kecik jer dah tu dapat free MP3 plak tu .. haih .. malas nak cakap ... haha rezeki jangan ditolak , kan3 ... agak-agak warna apa PB tu ??? yesssss !!! betul ... warna BIRU jugak la ... sebab apa??? sebab yumi peminat tegar warna biru ... sampai ada orang tanya la "Eh, minat warna biru erk ?" "A'ah ..." dah nampak lagi mau tanya ke? hehe just kidding ... thanks sebab ambek berat pasal yumi walaupun kita tak kenal .... hehe





tada ... ni lah HARD DISK + POWER BANK + MP3 (ni bukan yang free punya, ni yumi beli sendiri) tapi still warna biru ...


pencuci muka toksah cakap la , memang yumi guna safi balqis perfect 10 (tema dia memang warna biru pown)


jangan lupa menabung yer ... hehe .. tabung pun still warna biru... ada tak nampak macam tabung ??? hehe special sikit just untuk letak duit syiling jer 


kotak letak PIN-PIN tudung yang berbunga bagai ... selalu pakai gi kelas kalau rasa rajin nak melawa jer la ... haha :'D


beg pe plak ni ??? ni beg DSLR yumi .. dalam dia warna biru jugak ... macam tau-tau jer tauke tu yang this is my favourite colour ... toceh toceh toceh


tanpa GLOVE ni tak ada maknanya pemain SOFTBALL ... ye la nak tangkap bola macam mana kalau tak de benda alah ni .. betul tak ... BIRU lagi ... 


BACK PACK ni la yang yumi usung sepanjang berasak dalam PC FAIR tu hah ... nampak jer macam kecik beg ni tapi kalau dah galas, hanya ALLAH jer la yang tau berat ker tak ... usha sikit sikat tu ... dia pun warna biru jugak tau ... Peace


tanpa jam kita tak tau masa yang berlalu dengan pantas ... betul tak??? huih .. tak boleh hidup tanpa jam weiii melainkan otak korang boleh agak pukul berapa datuk harimau ... kalau tertinggal la jam ni , memang rasa leceh sebab nak kena tengok jam kat enset pulak ... lambat jadinya ... nak keluarkan enset dari handbag yang macam poket doremon (macam-macam khazanah ada dalam tu) dah ambek masa ... betul tak ? cuba habaq mai beg perempuan mana yang cuma ada purse dia jer ??? berani potong kuku kalau ada perempuan feminin yang hanya bawak purse je gi keuar jalan-jalan ... haha ... ngaku cepat ... yumi pun sama jugak .. dalam handbag boleh sumbat novel, air mineral (penting nie), dslr ... huih macam astro ... macam-macam ada... 


apa-apa pun buat masa sekarang ni biru tetap dihati tapi yumi pun ada jugak terpikat dengan warna-warna yang lain .. idok ler warna tu jer silap hari bulan boleh buta warna sebab dok tengok satu warna jer , betul tak??? 


p/s : dslr warna merah, botol air warna purple, lappy?? warna biru jugak haha
tak kisah biru tua,muda janji biru


ok la .. bubui


thanks for reading !!!


sarangae (LOVE)



Selasa, 21 Mei 2013

Full Schedule


Assalamualaikum semua

disamping dok kelam kabut menyiapkan assignment yang menimbun ni, yumi take a break for while to up date my blog :'D... okey sepanjang minggu lepas, minggu ni dan juga minggu yang akan datang yumi akan sibuk mengalahkan PM dan seangkatan dengannya... mana taknya semua kerja datang serentak ditambah pulak dengan latihan pusat , assingment , exam ... aarrrggghhhh boleh betukar jadi HULK kalau macam ni hari-hari. ini tak masuk kategori merungut yer tapi just nak bagi tau jadual yumi yang sangat padat ni hah... tapi tak jugak daripada duduk terperap jer dalam bilik lagi boleh jadi gila betul tak ??? at least setiap hujung minggu yumi akan turun padang untuk training, sekali sekala dapat la jugak hirup udara segar... (tarik nafas dan hembus 3x)

nak citer sikit pasal minggu lepas... hurm hari khamis kolej yumi ada buat DINNER untuk AJK M.A.K ... memang agak meriah sebab yang perginya of course la AJK jer kan... walaupun tak ramai sangat tapi best sebab boleh makan banyak-banyak sampai kenyang ... hurm yummy.... DINNER ni lebih kurang macam nak bagi penghargaan la kat AJK yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan MAK hari tu... by the way lupa pulak nak bagitau MAK tu apa... hehe actually MAK tu MALAM ANUGERAH KURSHIAH , got it??? dinner ni diadakan di HOTEL PULLMAN, PUTRAJAYA 

tema kali dinner kali ni colour block, so jangan dok nak buat muka pelik la kalau tengok yumi pakai tudung biru, baju kuning... 









so that's is my experience dinner at hotel that look so grand... lepas jer habis dinner malam tu, cepat-cepat balik bilik, siapkan assignment, kemas baju dalam beg sebab esoknya nak balik ipoh tok join KEM BINA SEMANGAT bagi PASUKAN SUKMA 2013 yang akan berlangsung bulan 6 ni kat KUALA LUMPUR - anda dijemput hadir ^_^

walaupun agak penat sebab terpaksa berkejar-kejar dengan jadual yang padat, tapi yumi take this as my cabaran sebagai seorang student dan juga atlet ... seba melalui ini la , yumi dapat belajar cara susun jadual yang padat ni... so nanti kalau dah keluar kerja tak da la terkial-kial nak susun jadual sendiri ... betul tak??

so, bagi korang yang mempunyai jadual yang padat juga, jangan jadikan itu sebagai satu alasan untuk kita lari daripada buat semua benda tu... walaupun kadang-kala kita rasa penat sebab nak buat itu, nak buat ini dan maca-macam lagi... yumi pun dulu pernah nak lari dari semua aktiviti tu, tapi bila fikir balik semua tu kita hanya cakap dekat mulut bukan daripada hati kita sendiri ...




p/s : jangan mudah nak berputus asa walaupun kita tak mampu nak buat sesuatu tapi kita kena cabar diri kita untuk buat sesuatu yang baru baru la hidup ni dinamakan kehidupan :'D


thanks for reading


bubui


sarangae(LOVE)



Senin, 06 Mei 2013

Alone Again


Assalamualaikum 


hujan rintik-rintik air bergelora ,
 mak kasi duit adik ke sekolah ,
 3+3 adik jawab 6 , 
cikgu tanda rait ( right ) , 
adik boleh pulang .... 
yeahhhh

sape yang tak tau lagu nie??? angkat tangan ... nampak bona nipunya ... haha ... sebab lagu ni popular masa kita kecik-kecik dulu , unless korang lahir-lahir terus besar , tu tak tau la pulak kan ... nape tetibe pulak keluar lagu zaman purba tu? sebab kat luar sekarang dok hujan lebat + guruh = dok terperap dalam bilik ... tapi tapi tapi sebelum hujan yumi dah keluar dah pegi jalan-jalan kat area MID VALLEY tapi bukan pegi tu tak ada kerja erk , yumi pergi beli kudap-kudap sikit untuk dikunyah tatkala lapar tahap gaban .. 

sebenarnya nak pergi u pun tak rancang pun, tetiba jer bangun tidur tadi terasa macam MID tu panggil 'ayu ayu ayu , mari la sini' ( gebang jap ) ... haha nampak tak menipu kat situ ... tak de maknanya MID tu nak panggil :'D

yumi pergi MID nagn sape erk? adakah itu soalannya? walaupun korang tak luahkan tapi yumi tau... haha (ahli nujum pak buaya) ... actually yumi ni jenis yang suka keluar sorang-sorang ... sebab senang sikit kalau nak balik awal ker , balik lambat ker , nak duduk kat MPH tu sampai 2-3 jam ker , yumi bebas nak buat apa-apa pun ... so, tak hairan sangat la kalau yumi keluar sorang-sorang tapi kalau kengkawan ajak keluar pun yumi okey jer tak kan la hidup ALONE FOREVER kan? nak jugak hang out dengan kawan-kawan yang lain - peace yooo

 memandangkan yumi suka bau buku , yumi singgah 'jap' kat MPH kononnya nak ambik bau buku jer , tapi kalau dah lalu dekat kawasan novel tu fuuhhh kalau polis panggil keluar pun belum tentu nak keluar lagi ... giler nak keluar awal banyak kot novel kat situ , yumi pun tadi sampai duduk la punya kelebek novel kat situ. nak pilih novel yang best-best so nanti bopleh baca banyak kali , betul tak? sape peminat novel dia tau la macam mana penangan novel tu ...  

lepas dah duduk kat lantai tu macam rumah sendiri lebih kurang 20 minit, yumi terbaca la tajuk novel SUAMI TAK KUHADAP (amboi tajuk) kalau tak hadap suami dia , dia nak hadap sape lagi? betul tak ... bila baca sinopsis dia macam best jer terus ambik takut nak letak balik, macam la novel tu tinggal 1 jer ... haha - whatever - 


lepas dah ambik novel tu, yumi g tengok rak kat sebelah tu pulak ... SEBENARNYA , SAYA ISTERI DIA! macam biasa baca sinopsis dulu bla bla bla bla ... pastu rasa macam best terus ambik dan bayar kat kaunter ...senang kan? hehe ... so, sekarang ni dua-dua novel ni dah jadi milik yumi forever ... hahahahaa( gelak jahat ) ... nak pinjam? kalau nak pinjam yumi nak buat sistem macam kat library, nak letak tarikh pinjam dan pulang. sape hantar lewat kena denda .... okey tak? - kekwat sangat -



tapi kan yumi nak tanya sikit novel ni dah buat filem ker??? yumi tak tau pulak ... maklumlah lama tak tengok tv - kesian :(  ... tadi dok goggle tengok-tengok gambar tiz zakiah dengan izzue islam kalau tak silap ( kalau silap mintak maaf ) ... dah jadi trend dah ni , novel = filem / drama ... tapi kalau nak lebih syok baca novel dia yang asli la kan. bagi yang malas nak baca boleh la tengok filem yang diorang buat tu hah ... lebih senang kan ... 

okey la , itu sedikit sebanyak schedule yumi pada hari ini. nak lebih? tunggu la update yang seterusnya, okey 
(macam ade jer orang baca blog aku ni hah - perasan - :P ) 

okey la chaw dulu



bubui


thanks for reading



sarangae(LOVE)




Minggu, 05 Mei 2013

10 Sebab Mengapa Anda Perlu Kahwin Muda



Assalamualaikum 


selamat pagi semua (tengok jam dah pukul 12.48am waktu tempatan) ... sebenarnya yumi tak boleh nak tidur lagi so bagi menghilangkan boring yumi google la kejap pastu terbaca la satu artikel ni ni yang mana dia menyatakan bahawa sebab-sebab kenapa anda perlu kawin awal... (anda yer bukan saya) sekarang ni kalau korang perasan la kan even kat sekeliling korang pun mesti ada kes yang macam ni jugak kan ? kes kawin awal ... ada yang baru habis spm pun dah kawin dah ... urm untung la sebab jodoh dah sampai kan (ops jangan nak menrungut pulak okey :'D) ... tapi tak hairan dah sekarang sebab kawin awal ni dah jadi macam satu trend dah, betul tak ? kalau denagr kat orang dulu-dulu mesti diorang sokong jer sebab orang zaman dulu pun memang kawin awal ... kadang-kadang tu yang umur 15 tahun pun dah ada yang dah kawin dah ... so yumi tak kisah sanagt la kalau orang sekarang oun macam tu jugak ... 
kawan-kawan yumi pun dah bersepah-sepah dah yang kawin awal (bersepah? ingat barang ker) no no no , i mean dah ramai la yang dah mendirikan rumah tangga pada usia yang muda ni... apa-apa pun tahniah ... hurm satu lagi trend yang yumi perasan sekarang ni la , student U pun ada yang kawin masa diorang still study lagi , yang bertunang pun ada jugak ... so bagi yang dah kawin tu harap-harap korang pandai bahagikan masa sebagai pelajar dan isteri yer ^_^ ... dan anggap itu sebagai semangat korang untuk terus belajar ... ( tetiba plak nasihat orang ni pe hal??? aku pun dok tunggang tebalik lagi study nak nasihat orang konon , APTB )
kadang-kadang terfikir jugak , agaknya yumi ni macam mana la pulak kan? kawan-kawan yang sebaya tu dah tau dah haluan hidup diorang(buat masa ni la) sedangkan yumi dok cari hala tuju lagi hah ... tapi tak pe Allah dah tentukan rezeki masing-masing untuk hambanya ... so apa yang kita perlu buat adalah .......... USAHA + DOA + TAWAKAL ... kalau ada jodoh tu ada la kan ... bak kata USTAZ KAZIM "KALAU DAH JODOH TAK KE MANA" 
hehe ... so bagi korang yang rasa duit poket dah banyak tu boleh lagi baca sedikit sebanyak info kat bawah ni , mungkin korang boleh share dengan kawan-kawan yang lain pasal ilmu ni ... ingat JANGAN KEDEKUT ILMU tau ... sebab ilmu tu milik kita semua ... 

1 – Tuntutan Agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
KELEBIHAN NIKAH
saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
cium isteri ~ dapat PAHALA!
renung isteri ~ dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
suami imamkan isteri  ~ dapat PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
main kenyit-kenyit mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!
Allahurabbi..SERONOKNYA..
2 – Mengelak Daripada Zina
Hati manusia mana yang boleh tahan dengan godaan duniawi di zaman sekarang? Iman kita bukanlah setebal mana mahu memikul gelora nafsu yang melonjak-lonjak seawal usia 18 tahun lagi. Jika harapkan ideologi kolot di mana seseorang itu hanya boleh berkahwin setelah mempunyai kerja, sebuah kereta dan rumah, sudah pasti usia sudah menjengan 29 tahun. Bayangkan derita yang perlu ditanggung selama 10 tahun sebelum sampai waktu itu? Anak muda sekarang: SMS dan bergayut tak henti, berpegangan tangan, menonton wayang midnight, bukankah itu boleh membangkitkan nafsu dan membawa kepada zina? Solusinya ialah menyegerakan akad nikah agar tidak terus terlanjur. Ia bukan sahaja mengelak hubungan luar nikah, malah kes kahwin lari dan pembuangan bayi juga boleh diatasi.
3 – Menjadi Lebih Bertanggungjawab
Jika selama ini hanya ada seorang ibu bapa, kini sudah menjadi anak kepada dua ibu dan dua bapa. Jika selama ini bekejra atau belajar sambil lewa, sekarang lebih bermotivasi dan dedikasi demi menyara keluarga tercinta.
4 – Menimbulkan Ketenangan Jiwa
Jika bertanya kepada mereka yang sudah bersiteri atau bersuami, mereka pasti menyatakan betapa asyik dan seronoknya alam perkahwinan. Ketenangan yang dirasa sukar difahami dan diterjemah dalam kata. Ya, memang ada ketikanya pening kepala memikirkan tentang karenah pasangan, assignment, ansuran kereta, sewa rumah; tetapi semua ini diubati dengan seorang peneman yang sedia menjadi bahu tempat bersandar, dan menjadi rakan di kala suka dan duka. Kehadiran seorang cahaya mata yang comel akan menyerikan lagi mahligai yang dibina.
5 – Fikiran Lebih Matang
Berkahwin dapat merubah hidup seseorang yang dahulunya terumbang-ambing kepada lebih berwawasan. Tiada lagi masa untuk melepak bersama rakan, membaca komik atau ber-facebook, dan digantikan dengan perkara yang lebih berfaedah dan matang.
6 – Membaiki Diri
Ramai mengakui, turning point paling penting dalam kehidupan mereka adalah perkahwinan kerana mulai detik itulah mereka berubah menjadi insan yang lebih baik. Sikap panas baran dan pemalas semasa zaman bujang dapat dikikis sedikit demi sedikit. Si isteri pula sudah rajin untuk ke dapur dan mengemas rumah. Solat juga didirikan secara berjemaah anda ada kelapangan masa.
7 – Plan Jangka Panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu persaraan pun tanggunggjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh dan anak-anak pun sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua ataupun pergi honeymoon tanpa gangguan.
Wedding
8 – Seks Yang Lebih Berkualiti
Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.
9 – Rezeki Bertambah
Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana keperluan kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah, Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang boleh ditanggung oleh mereka. Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelan anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi anda percaya dan berpegang kepada rahmat-Nya.
10 – Jangan Tunggu Lama-lama
Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda menyayangi dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat, sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang kumbang sial. andai itu berlaku, gigit jari sajalah.
*  *  *
Jika anda sudah menemui si pengarang jantung hati yang mencintai anda seadanya,
yang bersama anda di kala panas atau hujan, 
yang sudi melengkapi kekurangan anda, 
yang anda yakin untuk dibawa bertemu orang tua anda, 
yang akan melahirkan zuriat anda, 
yang anda akan melangkah ke syurga bersamanya..

so , macam mana? dah tau dah kenapa 'anda' perlu kawin awal ... sodah tentu la ada sebabnya kan... jadi renung-renungkan dan selamat beramal ... (peringatan untuk diri sendri jugak)

P/S : APTB = APA PUN TAK BOLEH

thanks for reading

sarangae(LOVE)