Kamis, 30 Agustus 2012

Setiakah Aku ?

Assalamualaikum

okey Setiakah aku ni bukan sejenis movie ataupun drama ataupun lagu ... no no no bukan tapi semua ni yumi try kat mana ??? erm cuba teka ... and yumi pun tau korang mesti pernah main game yang facebook keluarkan betul tak ??? but yumi tak la selalu sangat main benda alah ni ... i just play it when i am really really really boring ... 

oeky jom tengok mana tau korang nak try jugak kan ...


 okey mula mula sekali RAHSIA PERIBADI ANDA ... cewah dah macam nak jual produk untuk para wanita ja kan ... but sebenarnya tak .. bukan nak jual obat atau barangan kecantikan it just a game ... nak tau jugak pasal RAHSIA korang , korang boleh KLIK SINI 

kalau dah dapat jawapan korang pastikan komen okey , yumi nak tau gak  haha ... okey okey yang kat atas ni cuba korang baca betul betul ... 
SIFAT : SETIA ... wah setia ker ... hehe okey 1st sekali yumi tak bapa percaya sebab yumi tak pernah bercinta macam korang so tak tau la kesetiaan yumi tu sampai tahap mana kan .. tu yang tak berapa nak caya tu .. eh betul ker (garu kepala yang tak gatal ) erm lantak la mungkin ni semua cuma permainan kan ... so yumi try sekali lagi kat FAIL RAHSIA yang macam kat bawah ni ... jom tengok...

eh ...tengok tu tahap kesetian dapat full mark la .. haha .. 100% ... wow dasyat ni ... sikap : suka marah yes .. yang tu memang betul haha ... then kelemahan tu tak tau jugak sama ada betul ker tak .. karakter yumi peramah ?? hurm yumi cuma ramah dengan orang sekeliling jer ... tak berapa nak ramah sangat pun... haha ... so kalau korang try yang ni jugak boleh KLIK SINI


wow ! Kamu memiliki rupa dan fizikal yang menarik ... okey yang ni tak tau tang mana yang tak betul .. haha ... nak try KLIK SINI

so , kalau korang sangat sangat sangat boring korang boleh main game ni semua hah tapi jangan nak percaya sangat ... just main untuk seronok seronok jer .. kalau ada yang kena dengan diri korang mungkin cuma kebetulan .. okey .... 

thanks for reading

bubui

sarangae(LOVE)


Selasa, 28 Agustus 2012

Sakan Beraya

Assalamualaikum semua 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN ... rasanya belum terlalu lewat kan nak wish ucapan hari raya ... so how with your raya .. best tak ??? or sekadar biasa - biasa jer ... tapi ada jugak yang ambil kesempatan ni untuk bertunang , then buat kenduri kawin dan macam -macam lagi ... betul tak ?? so korang ni ada tak yang dalam mana - mana golongan yang yumi cakap tadi ... maybe korang dah jadi milik orang ker ada yang dah kena chop ker (bertunang) apa -apa pun status korang yumi nak ucapkan tahniah ... okey back to top ... 

raya yumi tahun ni agak kelam sikit sebab rumah penuh .. bukan penuh denga orang besar tapi penuh dengan budak budak ... kalau nak guna ilmu matematik yang yumi ada ni boleh dikatakan purata budak budak lebih ramai daripada orang besar ... bukan 'orang yang berbadan besar , erk ' I mean adult ... that's why kelam sikit ... sampai tak sempat nak keluar beraya dengan kengkawan , cikgu .... sebab tahun ni kami sekeluarga menerima arahan dari ketua keluarga supaya pegi beraya kat kampung arwah nenek ... nak kenalkan kepada sepupu dan sepapat kat sana ... sorry la yerk to all my friend sebab tak pegi beraya kat umah korang and also kakak opis kat tempat yumi kerja dulu ... pown tak sempat ... kalau nak diikutkan sekarang ni pun still boleh pei beraya kan but I can't because now I'm at Kuala Lumpur ... yumi datang KL pun masa raya ke 7 kalau tak silap ... yumi cuma sempat jumpa kengkawan yang keluar masa ada kenduri cikgu ... and that be our last ... so kengkawan nanti kalau ada rezeki kita jumpa lagi yerk ...


okey tinggalkan jap hal tu semua ... meh sini meh sini teman nak kabo ... this is my baju kurung at our 1st raya ... it is PINK okey ... dulu yumi adalah orang yang paling tak suka warna PINK ... but now you can see what happen to me ... I love PINK like crazy ... so pesanan kepada korang semua jangan la nak benci sangat kat sesuatu benda , barang dan manusia .. bahaya tau .. nanti makan diri ..nnngggaaapppp ...


ni pulak baju raya yang kedua masa raya kedua ... purple ... i love this colour ...
cantik tak baju saya .... eeeuuuuwww


 ni pulak warna yang aku tercari cari pada tahun ni and finally i found it ... grey .. cantik kan ... haha perasan untuk diri sendiri ... kalau tak , tak kan ada yang nak puji kita ni hah ... agree ???

okey i want stop right now ... my  battery is low ... 

thanks for reading

bubui

sarangae (LOVE)


Kamis, 16 Agustus 2012

[IKLAN RAYA] : Khas Buat Perantauan


Assalamualaikum semua

jom cuci mata dengan Movie kat bawah ni Khas buat 
perantau yang tak dapat balik kampung ..

oooiittt jahatnya teman ni ... huhu .. let's check it out 


kat bawah  ni iklan dari Erra Fazira





 Aaron Aziz Kisah Raya 



Kisah Pak Nil





 P/S : sempena raya ni hah .. jom klik 






SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

bubui

sarangae(LOVE)


Rabu, 15 Agustus 2012

My Sweet 20


Assalamualikum bloggers

yesterday is my birthday ... ops ter-mention pulak kat korang ... haha ... bukan niat nak mintak hadiah ye tapi kalau nak bagi pun boleh ... T_T

actually bulan ni ada 3 orang yang sambut birthday dalam bulan yang sama (fokus kpd family saya okey) hari tu 

11.08.2012 - birthday mak
15.08.2012 - birthday ayumi
18.08.2012 - birthday kakak 

so ketiga - tiga birthday ni nanti akan digabungkan dan akan disambut sekali hah kan tak melakukan pembaziran di situ ... betul tak ??? haha


ok ok ... done with that ... tahun ni ayumi dapat kek dari INFINITE la pulak .. kalau last year ayumi dapat kek dari NICKHUN 2PM tapi tahun ni INFINITE pulak yang sanggup datang ke MALAYSIA semata nak bagi kek ni hah ... haha just kidding ... nak sangat la diorang tu mai jumpa ayumi kan ... buang karan ja...


yeah .. dapat DOLL .. omo ~ kiopta ... yang cute tu patung tu ke 
orangnya ???haha ada maksud yang tersembunyi tu ... paham paham la sendiri ..


tada ~ NOKIA ASHA 305 ... sempena birthday ayumi yang ker 20 tahun (argh~) ayumi belikan hadiah untuk diri sendiri .... yeah ... i like it ...



video ni my twin post kat FB .. then ayumi upload kat blog ayumi ... hehe ... twin??? bukan kembar seiras ker apa ker tapi kembar pada tarikh lahir ... okey la sampai sini dulu ...


bubui


thanks for reading


saranagae(LOVE)



Minggu, 12 Agustus 2012

"Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey"

Assalamualaikum blogger

actually tadi masa tengah belek - belek my FB tetiba ternampak pulak satu contest yang boleh buat semua blogger tersenyum puas ... sebab apa erk ?? sebab Annas Easkey ada buat contest duit raya .. YEY YEY YEY suke suke suke ... so ayumi pe teringin la jugak nak join contest ni mana la tau kan ada rezeki bulan bulan puasa ni hah ... rezeki bukan kita dapat tau kan kan kan ...

okey okey .. korang bleh join jugak contest ni ... sama sama la kita mencuba ... kalau nak tau langkah - langkah untuk join korang KLIK SINI okey ...

okey malas nak berstory mory panjang lebar ... saya suka Annas Easkey kerana setiap gambar yang diambil oleh Annas Easkey ternyata diambil dengan jiwa dan minat yang tersendiri . Saya amat meminati setiap gambar yang diambil oleh Annas Easkey kerana gambar tersebut ternyata 'Hidup' dan tampak semula jadi .

erm okey baju raya pulak erk .. baju raya tahun ni ada pelbagai warna sebab nak raikan raya dengan meriah dengan keluarga so baju raya saya ada warna PINK , PURPLE , YELLOW , and GREY ... erm banyak kan ... rasanya kali ni terbelanja lebih pulak untuk raya tahun ni ... ops !!!

okey saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada Annas Easkey dalam meningkatkan kreativiti anda dalam menghasilkan gambar - gambar supaya setiap gambar tesebut tampak hidup dan terserlah . Tahniah diucapkan kerana Blog anda disukai oleh blogger - blogger yang sukakan karya anda dan foto foto anda seperti saya .. ops !!! ... yeah ... 

credit Annas Easkey




bubui

P/S : ayat tunggang langgang 

sarangae(LOVE)


Rabu, 08 Agustus 2012

3 Fakta Mengenai Orang Yang Menggunakan Tangan Kiri vs Tangan Kanan

Assalamualaikum semua

hai hai hai .. memandangkan bulan ramadan yang mulia ni yumi just up date blog tentang info info yang penting yerk ... kali ni pasal tangan kiri pulak ... sapa sini yang menulis guna tangan kiri ??? now put your hand up ... 

jom baca tentang info yang yumi up date khas buat korang yang kidal ... termasuklah man kidal ... ops !!! 




Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atautangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.

Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Kelebihan
 – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan..



so , how ??? dah habis baca ??? so apa pendapat korang ... apa apa pun semua orang sama ja .. yang membezakan kita cuma menulis tangan kanan atau kiri .. but ada jugak special kes yang mana diorang boleh tulis dengan menggunakan tangan kiri dan kanan ... wah .. this person memang hebat ... boleh manfaatkan masa cikgu bagi nota yang panjang berjela .... kan kan kan ...

P/S : saya memang minat orang tangan kiri .. nampak comel jer... huhu... abang ayumi pun ada yang kidal .... isteri dia pun kidal ... boleh dikateorikan sebagai left hand family .. huwah ...



bubui



sarangae(LOVE)


Rabu, 01 Agustus 2012

Ketahui Rahsia Wanita


Assalamualaikum semua 

hye jom baca fakta ni .. mungkin penting bagi korang ... jom baca




Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.




P/S : Lelaki please take note okey ... mungkin amat penting bagi korang ...


bubuiiiii

sarangae(LOVE)